FAKTOR DAN CARA MENGATASI MASALAH KULIT BERMINYAK
Sesetengah orang mungkin takde masalah kulit berminyak ni. Tapi bagi orang yang mengalami masalah ni, seksanya dia je yang tau. Sebab bila muka kita berminyak, kita akan cepat rasa melekit, berair, tak selesa tambah-tambah kalau tengah panas terik. Perasaan tu macam nak rendam muka dalam air je. Hihihi.
Rasa macam dah cuci muka kerap, dah pakai pencuci yang mahal, tapi masalah kulit berminyak ni tak hilang jugak. Jom tahu serba sikit pasal Kulit Berminyak.
Minyak, atau Sebum dihasilkan oleh Sebaceous Gland dan dikeluarkan melalui liang pori. Jika minyak ini dikeluarkan secara berlebihan, akan timbul keadaan dimana kulit kita menjadi berminyak bukan pada kadar yang normal. Dan sebenarnya apa yang kita boleh buat hanyalah mengawal kadar pengeluarannya sahaja.
Bagaimana? Ada beberapa cara seperti menggunakan pencuci muka yang dikhaskan untuk kulit yang berminyak, menggunakan astringent (bahan yang membantu membuang lebihan minyak dan meminimakan saiz liang pori) atau menggunakan rawatan-rawatan tertentu.
Awak tahu tak, ada beberapa faktor yang menjadikan kulit kita berminyak.
FAKTOR KULIT BERMINYAK
1. Genetik
Kalau kita rasa perkara ni tak rasional, cuba kita fikir balik, ada tak di kalangan ahli keluarga kita yang ada masalah yang sama. Sebab kajian memang membuktikan bahawa masalah kulit berminyak yang pertama sekali adalah faktor genetik.
Kalau ibu bapa kita punya masalah yang sama, kita berkemungkinan akan mewarisi masalah ini jugak. Tetapi, sekiranya masalah kulit berminyak kita terjadi kadang-kadang sahaja, jadi berkemungkinan ia disebabkan perubahan hormon dalam badan kita.
2. Hormon
Androgens adalah hormon yang bertanggungjawab untuk pengeluaran sebum. Kadang-kadang ia memang akan dikeluarkan secara berlebihan pada masa-masa tertentu seperti ketika baligh, datang bulan (menstruation), mengandung ataupun menopause.
3. Cara Hidup
Ada juga sesetengah keadaan kulit berminyak adalah disebabkan faktor cara hidup kita. Pengambilan ubat perancang akan menyebabkan hormon kita terganggu dan seterusnya menyebabkan pengeluaran sebum secara berlebihan. Malahan, ada juga sesetengah kes, masalah ini terjadi kerana kesan sampingan penggunaan steroid.
4. Tekanan
Bila kita tertekan, badan akan mendapat isyarat untuk mengeluarkan hormon yang dipanggil cortisol, di mana hormon ini akan menyebabkan penghasilan sebum secara berlebihan.
5. Liang Pori Yang Besar
Pori kita memainkan dua peranan penting ; mengeluarkan peluh dan merembeskan minyak. Berpeluh untuk memastikan suhu badan kita normal, manakala minyak bertujuan untuk melindungi kulit kita.
Minyak, atau sebum dihasilkan oleh Sebaceous Gland dan dikeluarkan melalui liang pori. Apabila proses ini berjalan lancar, sebum bukan sahaja melicinkan kulit, malah membuang sel kulit mati dan kotoran lain daripada pori. Tetapi, apabila sebum dihasilkan pada kadar yang berlebihan, ia akan menyebabkan liang pori tersumbat dan akan mengakibatkan terjadinya blackhead, jerawat dan lain-lain.
Apabila kita mempunyai pori yang besar, penghasilan sebum juga akan menjadi banyak mengikut saiz pori kita. Saiz pori tidak boleh di ubah. Tetapi kita boleh membuatkan ia kurang ketara dan mengawal penghasilan sebum.
CARA MENGATASI MASALAH KULIT BERMINYAK
Kita tak boleh paksa Sebaceous Gland untuk hentikan operasi pengeluaran minyak hanya sebab kita menderita akibat minyak yang berlebihan ini. Tapi kita boleh kawal kadar pengeluarannya. Hanya perlu tahu cara yang betul. Dengan membuat beberapa perubahan dalam rutin skin care kita dan elakkan beberapa kesalahan, awak boleh kawal masalah minyak berlebihan ni.
Kebiasaan kita kalau rasa berminyak mesti nak cuci muka. Jadi bila 10 kali rasa berminyak maka 10 kali itu lah jugak kita cuci muka. Jangan tanya "Adakah salah?" Ye. Memang salah pun. Sebabnya bila kita terlebih cuci muka, tanpa sedar tindakan kita itu telah membuang lapisan minyak semulajadi kulit kita. Maka apa yang terjadi adalah kulit kita akan bertukar daripada kulit berminyak kepada kulit kering.
Apabila kulit kering, otak akan menghantar isyarat pada kulit untuk hasilkan minyak dengan kadar yang banyak untuk menampung masalah tadi. Jadi masalah kulit berminyak ini akan jadi lebih teruk. Hal ini bukan sahaja melibatkan kadar mencuci muka sahaja. Kalau kita guna pencuci yang akan buang lapisan semula jadi minyak ni jugak akan trigger masalah penghasilan minyak secara berlebihan ini.
Makanya, cucilah muka dengan kadar maksimum iaitu 2x sehari SAHAJA dan gunakanlah pencuci yang bukan oil based. Selepas mencuci, sangatlah digalakkan untuk apply toner atau astringent yang mengandungi alkohol kerana bahan ini mampu membuang lebihan minyak di kulit wajah anda.
Sekiranya 2 cara ini masih tidak dapat membantu anda, maka silalah berjumpa dengan pakar kulit untuk membuat pemerhatian lebih lanjut tentang masalah ini dan cara penyelesaian yang terbaik untuk anda.
BAGAIMANA MARY JARDIN MENYELESAIKAN MASALAH KULIT BERMINYAK
FACIAL SOAP
Dalam Facial Soap Mary Jardin, antara bahan yang digunakan adalah Olive Oil. Apa kelebihan Olive Oil untuk merawat masalah kulit berminyak ye?
Satu perkara yang kita perlu faham. Oil dissolve oil. Ini dimaksudkan dengan minyak itu akan dilarutkan dengan minyak sendiri. Syaratnya perlulah menggunakan minyak yang betul. Maka jawapan di sini Minyak Zaitun atau Olive Oil adalah pilihan yang tepat.
Bagaimana Olive Oil mampu menyelesaikan masalah kulit berminyak :
Minyak semulajadi seperti Minyak Zaitun akan melarutkan minyak. Maksudnya di sini Minyak Zaitun akan menghilangkan kotoran dan minyak yang berlebihan tanpa menghilangkan lapisan minyak semulajadi kulit. Dan akhirnya Minyak Zaitun ini akan meresap masuk ke dalam lapisan kulit dan melembabkan kulit dari dalam. Kulit akan terasa lembab, lembut dan segar.
Kulit yang kering dan kurang kelembapan akan kelihatan kendur dan jatuh yang membuatkan kita kelihatan lebih tua daripada usia sebenar.
Olive Oil adalah minyak yang berasaskan tumbuhan. Ia kaya dengan vitamins, minerals dan fatty acids yang kulit kita perlukan untuk sihat. Disebabkan ia adalah bahan semulajadi, maka kulit juga akan memberi reaksi yang positif terhadapnya. Ini bermakna kulit tidak akan cuba mengimbangi minyak ini atau mengeluarkan minyak yang berlebihan, tetapi ia akan terus serasi dan meresap masuk ke dalam lapisan kulit menjadikan kulit kelihatan sihat dan lebih berseri.
FACE OIL
Kalau dalam Facial Soap ada Olive Oil, dalam Face Oil ada apa pula ye?
Pernah dengar Castor Oil? Sebelum tu ingat tak lagi Face Oil ni sepenuhnya diformulasi daripada 10 jenis minyak tumbuhan. Dan antaranya adalah Castor Oil. Dan Castor Oil ni fungsinya hampir menyerupai Olive Oil tadi dalam menyelesaikan masalah kulit berminyak ni.
Ia akan mencuci liang pori dari kotoran dan minyak kotor yang berlebihan tadi, seterusnya ia akan mengangkut keluar segala bendasing ni daripada dalam liang pori dan akhirnya ia akan menggantikan minyak tadi tu dengan diri dia sendiri. Pandai sungguh pi kemas rumah orang dan pindah masuk. Hihihi.
Berita baiknya ia kemas dengan tujuan membersih dan memberi khidmat yang lebih baik. Castor Oil ni tak boleh digunakan ia satu sahaja. Sebab ia berkemungkinan mencuci dengan kadar yang berlebihan, maka perlulah kita mencampur Castor Oil ini dengan minyak tumbuhan yang lain. Dan pilihan yang paling tepat adalah Jojoba Oil kerana ciri-cirinya yang hampir menyerupai ciri-ciri sebum, minyak semulajadi kulit.
Konklusinya, Castor Oil dan Jojoba Oil akan begabung dan membuat kerja-kerja pembersihan, pengeluaran dan penggantian untuk menyeimbangkan balik pengeluaran sebum dan seterusnya menyihatkan kembali kulit wajah awak.
Seronoknya....teeny tiny bottle with superpower! hehehe.
Dengan penggunaan kedua-dua item daripada Mary Jardin ini, maka awak bolehlah keluar rumah dengan penuh keyakinan dan tidak risau dari jauh orang akan silau hasil pantulan cahaya daripada sinaran minyak di wajah awak. Oyeahhh!!
0 comments:
Post a Comment
Terima Kasih