Fakta Menarik Mengenai Collagen Serum

FUN FACTS ABOUT COLLAGEN SERUM


Who loves Mary Jardin's Collagen Serum? ❤❤❤

Sejujurnya, sepanjang Su study pasal bahan-bahan dalam produk Mary Jardin ni kan, yang paling Su suka adalah Collagen Serum. Sebab each of the ingredients hold a powerful job to beautify the user. Sebelum tu jemput tengok gambar Collagen Serum yang tempting ni. hehe.


Kita kena tahu, bahan-bahan yang digunakan untuk buat Collagen Serum ni kebanyakkan adalah bahan-bahan yang premium dan high quality. Antaranya adalah Arbutin, Salmon Collagen, Sodium Hyaluronate, dan Green Tea Leaf Extract.

Secara umumnya, Collagen Serum ni mempunyai 4 fungsi yang utama :

1- Mencerahkan wajah
2- Memudarkan jeragat
3- Menegangkan wajah / Awet muda
4- Melindungi wajah daripada Sinar UVB / Sunblock

ANTARA BAHAN UTAMA DAN FUNGSINYA

Arbutin


Arbutin adalah sejenis molekul yang diekstrak daripada tumbuhan bearberry yang mencegah pembentukan melanin. Ia berfungsi sebagai penghalang tyrosinase (enxim yang menyebabkan penghasilan melanin) dan juga bertindak mencerahkan kulit.

Perkara menarik tentang Arbutin lagi adalah ciri-cirinya yang mana ia lebih lembut berbanding bahan semulajadi yang lain dalam melakukan proses mencerahkan kulit. Ini disebabkan komponennya dilepaskan secara perlahan-lahan dan kurang memberi kesan iritasi berbanding bahan pencerah yang lain dan lebih sesuai untuk kulit sensitif.

Apa yang membezakan Arbutin dan Hydraquinone adalah ;

Hydraquinone bertindak dengan cara membunuh sel-sel yang menghasilkan pigmentasi dan melanin. Manakala Arbutin menghalang enzim yang menggalakkan penghasilan pigmentasi dan melanin secara perlahan-lahan.

Salmon Collagen





Salmon Collagen adalah kolagen yang diekstrak daripada ikan Salmon. Kalau kita biasa dengar, kolagen ni ada daripada 3 sumber. Daging (Bovine/Beef) , Khinzir (Porcelin) , dan Ikan (Marine) Collagen. Setiap kolagen ini berbeza mengikut kategori. (akan diterangkan dalam post yang seterusnya)

Persoalan disini, kenapa Kolagen Ikan Salmon lebih baik daripada kolagen Bovine dan Porcelin?
Kadar penyerapan kolagen ikan adalah 1.5 kali lebih baik berbanding dengan kolagen jenis lain. Ini disebabkan faktor molekulnya yang lebih kecil membuatkan ia cepat meresap dan memberi kesan yang lebih efektif terutama kalau ia diambil secara luaran. 

Kolagen Ikan Salmon mempunyai ciri-ciri anti-oksidan di mana ia akan mencegah atau membaiki kerosakan sel yang disebabkan oleh faktor persekitaran seperti udara kering dan sinar UV. Malahan kerosakan disebabkan faktor penuaan juga boleh dikurangkan dengan pengambilan kolagen ini.
Para pengkaji di Fakulti Kesihatan Awam, Universiti Beijing, China, telah meneroka kesan penggunaan Kolagen Ikan pada tikus yang tua. Dalam penemuan yang diterbitkan pada April 2008, isu Chinese Journal of Preventive Medicine, para pengkaji telah melaporkan bahawa tikus yang diberikan kolagen ikan menunjukkan perubahan yang penting iaitu peningkatan ketebalan lapisan epidermis berbanding dengan tikus di dalam kumpulan yang sama. Para pengkaji juga melaporkan penambahan ketara melibatkan bilangan dan aktiviti fibroblasts di dalam kulit tikus yang diberi kolagen ikan. Fibroblasts adalah sel yang memainkan peranan penting dalam penghasilan tisu penghubung (connective tissue) seperti kulit.

Dapat dirumuskan bahawa Kolagen Ikan Salmon memberi pelbagai manfaat untuk kulit seperti membaiki dan mencantikkan struktur kulit yang rosak, menggebukan kulit dan mengurangkan garis halus.

Sodium Hyaluronate




Sodium Hyaluronate di dalam Collagen Serum Mary Jardin bertindak sebagai bahan pengawet. Ini kerana Serum adalah bahan yang berasaskan air, jadi ia perlu kepada pengawet. Nak tahu kenapa Dr. Maryam pilih bahan ni? Meh baca selanjutnya. Hihi.



Sodium Hyaluronate(SH)
Hyaluronic Acid(HA)


  • HA ni naturally ada dalam kulit kita. Sebagai bahan yang menarik dan memerangkap kelembapan.

  • SH ni adalah HA yang dah melalui proses kimia untuk dikecilkan molekul supaya bila disapu ke kulit ia mampu menembusi masuk ke dalam lapisan kulit. 


  • Fungsi HA - bahan yang menggalakkan pertumbuhan kolagen dan memelihara kelembapan kulit.


SH ini akan menggantikan HA yang makin hilang bila umur makin meningkat dan juga kesan daripada kulit yang terdedah pada matahari.

Fungsi SH ni menyerupai HA, powerful humectant, maksudnya sangat berkebolehan untuk menarik dan memerangkap air dalam jumlah yang banyak.  Istimewanya, molekul SH ni lagi kecik yang membuatkan SH dapat menembusi lapisan kulit hingga ke dalam. 

Jadi, kulit akan lembap berkali ganda, dan buatkan kedutan dan garis halus di kulit berkurangan. 


Kulit yang kerap terdedah kepada sinar UV akan hilang kelembapan dan menjadi kering. Kulit yang kering akan menghasilkan kedutan dan garis halus. Pemakaian produk yang mengandungi Sodium Hyaluronate akan membantu mengembalikan kelembapan kulit secara ekstra dan seterusnya menegang dan menganjalkan kulit. 

Pendek kata, kulit wajah akan kelihatan tegang, anjal, kurang garis halus dan muda dari usia sebenar. Hebat kan? Hihihi.


Green Tea Leaf Extract



Antara bahan di dalam Collagen Serum Mary Jardin yang bertindak sebagai pelindung daripada Sinar UV adalah Green Tea Leaf Extract.

Green Tea Leaf Extract didapati daripada daun Camellia Sinensis. Ekstrak ini secara semula jadinya kaya dengan anti-oksidan yang bertindak melindungi kulit daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. 


Ia juga dapat mencegah, malahan membaik pulih kerosakan itu yang akan menyebabkan penuaan, kedutan, dan masalah kulit yang lain.

Green Tea Leaf Extract adalah selamat untuk digunakan dan tidak memberi kesan iritasi pada kulit.
Dan jangan risau, ia tidak akan meninggalkan kesan hijau pada kulit. 

-----------------

After all, apa lagi yang kita nak daripada high end product, Collagen Serum Mary Jardin ni? Semua ada. hehehe.





0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih

Blogger news

Assalammualaikum everyone... InsyaAllah I'll be away for a while for almost 50 days. I'll be performing hajj this year starting August 15th 2017 till September 28th 2017. Any question or if you wish to contact me please reach my teammates. InsyaAllah they will serve you as best as they can. May Allah bless you. Lots Of Love, Sumaiyah Dahalan