Punca Pelembab Anda Tidak Berkesan

KENAPA KULIT MASIH KERING WALAUPUN ANDA TELAH MENGGUNAKAN PELEMBAB?




Kulit yang lembab adalah antara faktor penting untuk memastikan wajah kita sentiasa segar dan berseri. Memakai pelembab antara regim penjagaan wajah yang sangat penting. Tapi, awak tahu tak pelembab yang awak guna tu takkan berkesan sekiranya awak buat perkara-perkara di bawah ni.

1 - Tak Apply Pelembab Sejurus Selepas Mandi


Keadaan kulit yang terbaik untuk apply pelembab adalah selepas mandi. Ini kerana kulit kita ketika itu basah dan lembab. Dan pemakaian pelembab pada waktu ni akan membantu penyerapan dengan sangat berkesan. 

Lepas mandi, air akan tersejat dengan cepat dan membuatkan kulit menjadi kering. Sebab tu kena cepat-cepat pakai pelembab.

2 - Guna Pelembab Yang Salah Untuk Jenis Kulit


Kalau awak jenis kulit kering, tapi guna pelembab yang diformulasi untuk kulit berminyak, ia takkan memberi kesan yang optimum. Kulit kering perlukan produk dan bahan yang berbeza dengan kulit berminyak.

Kulit kering perlukan pelembab yang membantu kulit untuk kelembapan yang ekstra di samping menjaga pH kulit agar seimbang.

3 - Lapisan Sel Kulit Mati Yang Tebal


Pernah exfoliate tak? Tahu tak apa exfoliation ni?

Lapisan sel kulit mati yang tebal akan menyebabkan penyerapan pelembab tidak sampai kepada dasar kulit. Pelembab hanya akan tertahan di lapisan ini. Then, how will you moisturize your skin?

Cari produk yang mampu melakukan proses eksfoliasi/pengelupasan halus ni. Proses ini akan membuang sel kulit mati dan meningkatkan kadar penyerapan pelembab awak semaksima mungkin.

4 - Kulit Awak Dehidrasi


Kulit kering adalah keadaan di mana kulit kekurangan minyak dan air.

Kulit kering dan kulit dehidrasi adalah dua keadaan yang berbeza. Kulit berminyak juga berpotensi untuk mengalami dehidrasi.

Dehidrasi kulit adalah disebabkan badan tidak mendapat air yang mencukupi, dan produk yang kasar dan mengeringkan akan memburukkan lagi keadaan kulit.

Bagaimana mengatasi dehidrasi kulit?

Pastikan awak minum air dengan cukup dan guna produk yang mengandungi bahan yang akan bagi ekstra kelembapan seperti hyaluronic acid.

5 - Apply Dengan Cara Yang Salah


Sesetengah pelembab yang berasaskan minyak perlukan teknik yang berbeza untuk membantu penyerapan dengan berkesan. Ketahui jenis pelembab awak dan cara yang terbaik untuk menggunakannya.

Bagi pelembab biasa, gunakan kaedah sapuan yang lembut dan menolak ke bahagian atas wajah. Elakkan sapuan kasar di bahagian yang lembut seperti keliling mata.

Bagi pelembab yang berasaskan minyak, digalakkan untuk menggosok kedua tapak tangan selepas dititiskan untuk menghasilkan haba. Haba ini akan membantu membuka liang pori dan membantu pelembab ini menyerap dengan lebih cepat dan berkesan.

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih

Blogger news

Assalammualaikum everyone... InsyaAllah I'll be away for a while for almost 50 days. I'll be performing hajj this year starting August 15th 2017 till September 28th 2017. Any question or if you wish to contact me please reach my teammates. InsyaAllah they will serve you as best as they can. May Allah bless you. Lots Of Love, Sumaiyah Dahalan