Wajiblah awak baca post ni sampai habis.
Dalam FDA (Food Drugs Association), ada mengatakan yang food supplement atau makanan tambahan tu HANYALAH sebagai pembantu untuk sistem badan kita. Ia takkan mengubati, menghilangkan, menyembuhkan sebarang penyakit yang kita hadapi.
Tapi, pengambilan supplement atau makanan tambahan ni boleh bantu proses badan kita untuk berkesan dengan lebih baik dan membaikpulih atau menambahbaik proses badan kita.
Sebagai contoh,
Bila setiap hari kita terdedah dengan udara yang tercemar dan makan makanan yang tak berkhasiat, badan kita akan menghasilkan sejenis caj oksidan. Caj ni akan rosakkan sel-sel kulit kita. Bila sel-sel ni rosak, prestasi sistem badan kita akan terjejas. Dengan mengamalkan makanan tambahan/food supplement ni, ia akan membantu baikpulih sistem atau sel yang terjejas.
Jadi kena faham yang food supplement ni sebagai bantuan sahaja. Bukan mengubati bukan alternatif kepada ubat hospital.
Berbalik pada AstaCera-Col. Apa yang Asta ada yang boleh offer extra value pada badan kita?
Su panggil Asta ni Mary Jardin's Beauty Drink. Sebab most of the function adalah untuk menggalakkan keremajaan kulit dan melambatkan proses penuaan. Dalam kata lain
❤️AGE GRACEFULLY❤️
Semua akan tua. Itu fakta. Tapi nampak muda dari usia sebenar itu adalah BONUS.
Bagaimana AstaCera-Col boleh bantu awak jadi seperti kenyataan di atas?
ASTAXANTHIN
Ni sejenis Caroteroid. Caroteroid ni yang sebabkan warna pada sayuran(carrot, capsicum, dragonfruit & dan lain-lain) dan juga haiwan(salmon, flamingo, udang & dan lain-lain). Tapi warna bukan sekadar warna, Astaxanthin ni adalah anti-oksida yang paling powerful yang alam semulajadi ada.
FUNGSI ASTAXANTHIN PADA KULIT & BADAN
Su suka highlight 5 ni sahaja walaupun sebenarnya banyak lagi khasiat dia yang terbukti secara klinikal.
BADAN
❤️ Boost energy (ingat tak kisah Ikan Salmon)
Boleh baca link di bawah untuk refresh memory pasal kaitan antara energy booster dan Ikan Salmon.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1464065703674934&id=100002145559810
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1464950323586472&id=100002145559810
❤️ Powerful inner sunscreen
Asalnya Astaxanthin ni jadi defense system kepada sejenis tumbuhan dalam laut. Bila tumbuhan tu terkena sinar UV, automatik Astaxanthin ni akan main peranan tukarkan warna tumbuhan tu kepada merah yang mana ia sebenarnya satu lapisan perlindungan/pertahanan dari bahaya sinar UV tu.
KULIT
❤ Melindungi kulit dari bahaya Sinar UV
Kulit yang terdedah pada Sinar UV tanpa perlindungan akan sebabkan radikal bebas terhasil. This thing akan sebabkan penuaan berlaku lebih cepat dari kadar biasa sebab takde yang menghalang dan menyahkan ia dari badan. Bahaya Sinar UV ni akan sebabkan kulit melendut dan berkedut.
❤ Membaiki kerosakan kulit dan badan
Astaxanthin akan lawan radikal bebas tu dan halang kerosakan yang radikal bebas tu dah buat. Bukan saja pada kulit malah pada organ dan sel dalam badan juga.
❤ Meremajakan kulit
Astaxanthin akan mengurangkan kedutan, memperbaiki kandungan lembapan dalam kulit, ketegangan dan tekstur kulit.
CERAMOSIDE
Satu perkara penting kena faham. Ini adalah perumpamaan untuk memudahkan kita faham.
Ceramide - mi segera
Ceramoside - maggi
Apa kaitan Ceramide dengan Mi Segera?
Takde kaitan. Seriously. Nak bagi hampa faham je supaya ayat-ayat yang seterusnya ni tak memutarbelitkan sel-sel dalam kepala pembaca.
Ceramide ni adalah satu lapisan lipid pada kulit. Bahagian atas sekali. Apa fungsi Ceramide ni?
Kekalkan kelembapan pada lapisan kulit yang atas ni. Untuk makluman, lapisan kulit yang atas ni adalah lapisan sel kulit mati. Setiap hari sel kulit mati yang dah tamat tempoh akan terkupas dan jatuh dengan sendirinya.
Tapi kita takkan nampak dengan mata kasar sebab ia sangat halus. Tapi mata kasar kita akan nampak kulit muka kita yang kering dan kusam hasil proses ni.
Dengan bantuan Ceramide yang semulajadi ada dalam badan, lapisan ni akan kekal lembap. Tapi sebagaimana kita yang makin tak larat menginjak usia, kulit kita pun macam tu. Ceramide ni akan slowly berkurang hasilkan lembapan yang cukup pada lapisan atas ni. Kesannya kurang lembapan pada lapisan ni dan menghasilkan kulit yang kelihatan kering dan kusam.
Ceramoside ni adalah Ceramide yang diekstrak daripada tumbuhan untuk tolong kulit kekalkan lembapan pada lapisan sel kulit mati tadi ni. Jadi, walaupun awak makin bertambah usia, lembapan itu akan mencukupi hasil bantuan Ceramoside tadi dan mengurangkan effect penuaan.
Kulit akan maintain lembap dan kelihatan smooth je.
COLLAGEN
Ini paling famous. Sebutlah apa bentuk sekalipun. Sapu? Minum? Makan? Semua mesti pernah dengar perkataan Collagen kan? Tapi tahu tak apa sebenarnya Collagen tu?
Kolagen ni bahan dalam kulit that hold skin's structure together. Maknanya kolagen ni yang buatkan kulit kita tegang dan anjal.
Tapi production kolagen ni berkurang setiap hari. Sebab apa? 2 Faktor utama;
1- Umur
2- Sinar UV
Kalau umur memang kita tahu bila masuk 3 series je memang production akan berkurang. Kenapa? Sebab memang nature nye macam tu.
Kalau Sinar UV pulak?
Bila kulit kita terdedah pada matahari tanpa perlindungan, badan akan hasilkan radikal bebas (free radicals).
Radikal bebas tu akan rosakkan sel kulit kita dan beri kesan pada penghasilan kolagen. Struktur kulit akan terganggu sebab production berkurang. Ibarat Mcm kilang.
Jadi bila kolagen berkurang, maka muncullah garis halus dan kedutan.
BETUL KE KALAU MINUM COLLAGEN AKAN BERTAMBAH?
Kolagen tambahan yang kita ambil hanya akan tolong kuatkan kilang kolagen kita tadi tu. Dia takkan dapat ganti kolagen asal dalam badan. Dia akan support dan bantu supaya kolagen dalam badan kita akan terus hasilkan kolagen pada kadar yang mencukupi.
Hasilnya kulit masih nampak tegang dan anjal walaupun usia bertambah. Collagen kan ada. Hihihi.
Apa lagi yang AstaCera-Col ada?
Mixed of berries seperti Raspberry Powder, Strawberry Powder, Blueberry Powder, Elderberry Powder, Blackberry Powder dan beberapa bahan lain. Tapi highlight AstaCera-Col adalah pada 3 bahan utama di atas.
Dengan mengamalkan AstaCera-Col dalam minuman harian, awak akan sentiasa bertenaga, kulit lebih anjal dan berseri dan muda dari usia sebenar.
Bestnya...❤❤❤
Mary Jardin Beauty Drink AstaCera-Col
0 comments:
Post a Comment
Terima Kasih