Whitehead - Punca dan Solusi

WHITEHEAD - PUNCA DAN SOLUSI


Whitehead ni umumnya peringkat sebelum terjadi jerawat. Masalah whitehead ni bukanlah benda asing. Lelaki ada perempuan pun ada. Secara umumnya masalah whitehead ni disebabkan liang pori yang tersumbat, yang bercampur dengan sebum (minyak semula jadi kulit), kotoran, kuman dan sel kulit mati.

Kebanyakan whitehead akan muncul di kawasan hidung dan kawasan antara dagu dan bawah mulut. Kerana dua kawasan ini selalu berminyak.

 


Apa yang membezakan Whitehead dan Blackhead?


Whitehead ni pori yang tersumbat di bawah pori yang tertutup.

Blackhead ni pori yang tersumbat dalam keadaan pori terbuka.




Faktor-faktor Whitehead 


1- Hormon

Perubahan hormon yang berlaku pada badan akan menyebabkan pengeluaran sebum secara berlebihan. Dan bila sebum ni terlebih daripada kadar biasa, akan buatkan liang pori tersumbat. Hormon yang dimaksudkan di sini adalah ketika akil baligh, menstruasi atau datang bulan, dan ketika mengandung.

2- Ubat tertentu

Pengambilan ubat tertentu juga akan mempengaruhi wujudnya whitehead ni. Contoh, pengambilan ubat ketika nak melahirkan akan menyebabkan terjadinya whitehead ni.

3- Genetik

Sesetengah orang memang ada masalah whitehead ni disebabkan genetik. Bila melibatkan genetik memang dengan mudah dia akan ada whitehead di kawasan tertentu di muka macam ahli keluarga dia yang lain. It just happen. 

4- Kosmetik

Penggunaan ksometik atau produk penjagaan wajah yang bahannya mengandungi tekstur yang padat seperti krim yang ada petrolatum memang akan menyebabkan dengan mudahnya whitehead ni muncul.



Cara Menghilangkan Whitehead



1- Periksa Produk Anda

Produk yang mengandungi bahan-bahan yang berat dan menyumbat liang pori akan menyumbang kepada masalah terjadinya whitehead ni. Cara yang terbaik untuk kesan yang berpanjangan adalah periksa semula bahan-bahan yang terkandung dalam produk anda samada skincare atau make up.

Pastikan produk tersebut menggunakan bahan-bahan yang non-comedogenic iaitu tidak menyumbat liang pori dan menggunakan bahan-bahan yang lembut dalam mencuci liang pori anda dan tidak menyebabkan iritasi pada kulit wajah anda.

2- Kaedah Face Steaming


 


Kaedah ini merupakan kaedah yang terbaik untuk membuang whitehead dengan cara yang paling selamat dan halus. Asalnya whitehead adalah pori yang tersumbat di bawah pori yang tertutup, maka membuka pori dahulu adalah cara yang berkesan dan kurang menyakitkan.

Cara-caranya :
  1. Basahkan muka dengan air suam (boleh juga tekapkan muka dengan tuala muka yang direndam dengan air suam), bertujuan untuk membuka liang pori.
  2. Gunakan pencuci muka anda atau Face Oil Mary Jardin bagi membersihkan liang pori yang tersumbat. Jika menggunakan Face Oil, titiskan Face Oil pada wajah dan buat urutan mencuci di semua bahagian terutama kawasan yang mempunyai banyak whitehead (Kenapa Face Oil? Akan diterangkan dalam post yang seterusnya)
  3. Basuh muka dengan air suam atau lap wajah anda dengan tuala muka yang suam tadi. Lap dengan lembut ye.
  4. Bilas wajah anda dengan air sejuk bagi menutup kembali liang pori. Boleh juga guna ketulan ais (sapu pada keseluruhan wajah).
  5. Dah siap. Whitehead dah berkurang. Yeayy!

Peringatan!

Jangan sekali-kali picit whitehead menggunakan jari terutamanya kalau tak basuh tangan. Asal whitehead ni adalah kotoran. Bila picit, kuman di tangan akan bercampur dengan kotoran tu dan menyebabkan whitehead jadi bertambah teruk.

Sebelum menyentuh muka, sangatlah digalakkan untuk membasuh tangan dahulu.


Semoga membantu. :)

1 comments:

  1. Kenapa saye pakai mary jardin semakin banyak whitehead n blackhead?

    ReplyDelete

Terima Kasih

Blogger news

Assalammualaikum everyone... InsyaAllah I'll be away for a while for almost 50 days. I'll be performing hajj this year starting August 15th 2017 till September 28th 2017. Any question or if you wish to contact me please reach my teammates. InsyaAllah they will serve you as best as they can. May Allah bless you. Lots Of Love, Sumaiyah Dahalan