Jenis Kulit Wajah

KENALI JENIS KULIT WAJAH - ANDA YANG MANA SATU?


Setiap dari kita mempunyai jenis kulit yang berbeza. Mengetahui jenis kulit wajah kita sangat penting sebelum pemilihan pemakaian produk penjagaan wajah. Ini kerana ada produk yang menawarkan penjagaan khusus untuk jenis kulit tertentu. Contohnya kulit berminyak, produk penjagaan wajah berasaskan air dan yang tidak terlalu pekat teksturnya sesuai untuk wajah yang berminyak bagi mengelakkan bertambahnya masalah liang pori tersumbat. Liang pori yang tersumbat akan menyebabkan munculnya jerawat - musuh wanita no 1.




JENIS KULIT WAJAH


1. Kulit Normal
  • Kulit normal adalah keadaan di mana kulit wajah kita tidak terlalu kering dan tidak terlalu berminyak. Permukaan wajah nampak bersih dan kurang cela. Dan kulit kelihatan sihat.
2. Kulit Kering
  • Kulit kering adalah disebabkan kulit yang kurang kelembapan dan menyebabkan kulit terasa tegang dan mengelupas. Kulit akan kelihatan kusam terutama di bahagian pipi dan mata. Liang pori agak ketara, kulit terasa kurang keanjalan dan ketara garis halus dan kedutan. Dalam keadaan yang lebih teruk, kulit akan menjadi gatal-gatal dan merah.
3. Kulit Berminyak
  • Kulit kelihatan berminyak dan berkilat, pori nampak ketara dan berkemungkinan mengalami break out - jerawat , blackhead , kecacatan.
4. Kulit Kombinasi
  • Kulit jenis ini dimiliki kebanyakan orang. Ia akan kering dan normal di bahagian tertentu (cth : pipi), dan berminyak di bahagian lain (T-zone) seperti hidung, dahi dan dagu. Ia mungkin juga akan mengalami masalah jerawat kerana pori juga akan ketara di bahagian tertentu. 
5. Kulit Sensitif
  • Ini adalah jenis kulit yang paling halus. Ia terdedah kepada kemerahan, gatal-gatal, kekeringan dan iritasi Selalunya adalah disebabkan alahan kepada produk. 

CARA KENALPASTI JENIS KULIT


1. Cuci muka anda dengan pembersih yang sederhana, lembut dan tidak kasar.

2. Keringkan muka menggunakan tuala muka yang bersih. Elakkan mengelap dengan cara kasar, sebaliknya gunakan cara dap ke muka.

3. Biarkan wajah selama paling kurang satu jam. Dalam tempoh ini dinasihatkan agar tidak menyentuh muka anda.

4. Analisis bahagian mana yang mempunyai tanda-tanda seperti ciri-ciri di atas.




Selamat mencuba. Good Luck!
   

1 comments:

Terima Kasih

Blogger news

Assalammualaikum everyone... InsyaAllah I'll be away for a while for almost 50 days. I'll be performing hajj this year starting August 15th 2017 till September 28th 2017. Any question or if you wish to contact me please reach my teammates. InsyaAllah they will serve you as best as they can. May Allah bless you. Lots Of Love, Sumaiyah Dahalan