Fakta Menarik Mengenai Collagen Serum

FUN FACTS ABOUT COLLAGEN SERUM


Who loves Mary Jardin's Collagen Serum? ❤❤❤

Sejujurnya, sepanjang Su study pasal bahan-bahan dalam produk Mary Jardin ni kan, yang paling Su suka adalah Collagen Serum. Sebab each of the ingredients hold a powerful job to beautify the user. Sebelum tu jemput tengok gambar Collagen Serum yang tempting ni. hehe.


Kita kena tahu, bahan-bahan yang digunakan untuk buat Collagen Serum ni kebanyakkan adalah bahan-bahan yang premium dan high quality. Antaranya adalah Arbutin, Salmon Collagen, Sodium Hyaluronate, dan Green Tea Leaf Extract.

Secara umumnya, Collagen Serum ni mempunyai 4 fungsi yang utama :

1- Mencerahkan wajah
2- Memudarkan jeragat
3- Menegangkan wajah / Awet muda
4- Melindungi wajah daripada Sinar UVB / Sunblock

ANTARA BAHAN UTAMA DAN FUNGSINYA

Arbutin


Arbutin adalah sejenis molekul yang diekstrak daripada tumbuhan bearberry yang mencegah pembentukan melanin. Ia berfungsi sebagai penghalang tyrosinase (enxim yang menyebabkan penghasilan melanin) dan juga bertindak mencerahkan kulit.

Perkara menarik tentang Arbutin lagi adalah ciri-cirinya yang mana ia lebih lembut berbanding bahan semulajadi yang lain dalam melakukan proses mencerahkan kulit. Ini disebabkan komponennya dilepaskan secara perlahan-lahan dan kurang memberi kesan iritasi berbanding bahan pencerah yang lain dan lebih sesuai untuk kulit sensitif.

Apa yang membezakan Arbutin dan Hydraquinone adalah ;

Hydraquinone bertindak dengan cara membunuh sel-sel yang menghasilkan pigmentasi dan melanin. Manakala Arbutin menghalang enzim yang menggalakkan penghasilan pigmentasi dan melanin secara perlahan-lahan.

Salmon Collagen





Salmon Collagen adalah kolagen yang diekstrak daripada ikan Salmon. Kalau kita biasa dengar, kolagen ni ada daripada 3 sumber. Daging (Bovine/Beef) , Khinzir (Porcelin) , dan Ikan (Marine) Collagen. Setiap kolagen ini berbeza mengikut kategori. (akan diterangkan dalam post yang seterusnya)

Persoalan disini, kenapa Kolagen Ikan Salmon lebih baik daripada kolagen Bovine dan Porcelin?
Kadar penyerapan kolagen ikan adalah 1.5 kali lebih baik berbanding dengan kolagen jenis lain. Ini disebabkan faktor molekulnya yang lebih kecil membuatkan ia cepat meresap dan memberi kesan yang lebih efektif terutama kalau ia diambil secara luaran. 

Kolagen Ikan Salmon mempunyai ciri-ciri anti-oksidan di mana ia akan mencegah atau membaiki kerosakan sel yang disebabkan oleh faktor persekitaran seperti udara kering dan sinar UV. Malahan kerosakan disebabkan faktor penuaan juga boleh dikurangkan dengan pengambilan kolagen ini.
Para pengkaji di Fakulti Kesihatan Awam, Universiti Beijing, China, telah meneroka kesan penggunaan Kolagen Ikan pada tikus yang tua. Dalam penemuan yang diterbitkan pada April 2008, isu Chinese Journal of Preventive Medicine, para pengkaji telah melaporkan bahawa tikus yang diberikan kolagen ikan menunjukkan perubahan yang penting iaitu peningkatan ketebalan lapisan epidermis berbanding dengan tikus di dalam kumpulan yang sama. Para pengkaji juga melaporkan penambahan ketara melibatkan bilangan dan aktiviti fibroblasts di dalam kulit tikus yang diberi kolagen ikan. Fibroblasts adalah sel yang memainkan peranan penting dalam penghasilan tisu penghubung (connective tissue) seperti kulit.

Dapat dirumuskan bahawa Kolagen Ikan Salmon memberi pelbagai manfaat untuk kulit seperti membaiki dan mencantikkan struktur kulit yang rosak, menggebukan kulit dan mengurangkan garis halus.

Sodium Hyaluronate




Sodium Hyaluronate di dalam Collagen Serum Mary Jardin bertindak sebagai bahan pengawet. Ini kerana Serum adalah bahan yang berasaskan air, jadi ia perlu kepada pengawet. Nak tahu kenapa Dr. Maryam pilih bahan ni? Meh baca selanjutnya. Hihi.



Sodium Hyaluronate(SH)
Hyaluronic Acid(HA)


  • HA ni naturally ada dalam kulit kita. Sebagai bahan yang menarik dan memerangkap kelembapan.

  • SH ni adalah HA yang dah melalui proses kimia untuk dikecilkan molekul supaya bila disapu ke kulit ia mampu menembusi masuk ke dalam lapisan kulit. 


  • Fungsi HA - bahan yang menggalakkan pertumbuhan kolagen dan memelihara kelembapan kulit.


SH ini akan menggantikan HA yang makin hilang bila umur makin meningkat dan juga kesan daripada kulit yang terdedah pada matahari.

Fungsi SH ni menyerupai HA, powerful humectant, maksudnya sangat berkebolehan untuk menarik dan memerangkap air dalam jumlah yang banyak.  Istimewanya, molekul SH ni lagi kecik yang membuatkan SH dapat menembusi lapisan kulit hingga ke dalam. 

Jadi, kulit akan lembap berkali ganda, dan buatkan kedutan dan garis halus di kulit berkurangan. 


Kulit yang kerap terdedah kepada sinar UV akan hilang kelembapan dan menjadi kering. Kulit yang kering akan menghasilkan kedutan dan garis halus. Pemakaian produk yang mengandungi Sodium Hyaluronate akan membantu mengembalikan kelembapan kulit secara ekstra dan seterusnya menegang dan menganjalkan kulit. 

Pendek kata, kulit wajah akan kelihatan tegang, anjal, kurang garis halus dan muda dari usia sebenar. Hebat kan? Hihihi.


Green Tea Leaf Extract



Antara bahan di dalam Collagen Serum Mary Jardin yang bertindak sebagai pelindung daripada Sinar UV adalah Green Tea Leaf Extract.

Green Tea Leaf Extract didapati daripada daun Camellia Sinensis. Ekstrak ini secara semula jadinya kaya dengan anti-oksidan yang bertindak melindungi kulit daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. 


Ia juga dapat mencegah, malahan membaik pulih kerosakan itu yang akan menyebabkan penuaan, kedutan, dan masalah kulit yang lain.

Green Tea Leaf Extract adalah selamat untuk digunakan dan tidak memberi kesan iritasi pada kulit.
Dan jangan risau, ia tidak akan meninggalkan kesan hijau pada kulit. 

-----------------

After all, apa lagi yang kita nak daripada high end product, Collagen Serum Mary Jardin ni? Semua ada. hehehe.





Whitehead - Punca dan Solusi

WHITEHEAD - PUNCA DAN SOLUSI


Whitehead ni umumnya peringkat sebelum terjadi jerawat. Masalah whitehead ni bukanlah benda asing. Lelaki ada perempuan pun ada. Secara umumnya masalah whitehead ni disebabkan liang pori yang tersumbat, yang bercampur dengan sebum (minyak semula jadi kulit), kotoran, kuman dan sel kulit mati.

Kebanyakan whitehead akan muncul di kawasan hidung dan kawasan antara dagu dan bawah mulut. Kerana dua kawasan ini selalu berminyak.

 


Apa yang membezakan Whitehead dan Blackhead?


Whitehead ni pori yang tersumbat di bawah pori yang tertutup.

Blackhead ni pori yang tersumbat dalam keadaan pori terbuka.




Faktor-faktor Whitehead 


1- Hormon

Perubahan hormon yang berlaku pada badan akan menyebabkan pengeluaran sebum secara berlebihan. Dan bila sebum ni terlebih daripada kadar biasa, akan buatkan liang pori tersumbat. Hormon yang dimaksudkan di sini adalah ketika akil baligh, menstruasi atau datang bulan, dan ketika mengandung.

2- Ubat tertentu

Pengambilan ubat tertentu juga akan mempengaruhi wujudnya whitehead ni. Contoh, pengambilan ubat ketika nak melahirkan akan menyebabkan terjadinya whitehead ni.

3- Genetik

Sesetengah orang memang ada masalah whitehead ni disebabkan genetik. Bila melibatkan genetik memang dengan mudah dia akan ada whitehead di kawasan tertentu di muka macam ahli keluarga dia yang lain. It just happen. 

4- Kosmetik

Penggunaan ksometik atau produk penjagaan wajah yang bahannya mengandungi tekstur yang padat seperti krim yang ada petrolatum memang akan menyebabkan dengan mudahnya whitehead ni muncul.



Cara Menghilangkan Whitehead



1- Periksa Produk Anda

Produk yang mengandungi bahan-bahan yang berat dan menyumbat liang pori akan menyumbang kepada masalah terjadinya whitehead ni. Cara yang terbaik untuk kesan yang berpanjangan adalah periksa semula bahan-bahan yang terkandung dalam produk anda samada skincare atau make up.

Pastikan produk tersebut menggunakan bahan-bahan yang non-comedogenic iaitu tidak menyumbat liang pori dan menggunakan bahan-bahan yang lembut dalam mencuci liang pori anda dan tidak menyebabkan iritasi pada kulit wajah anda.

2- Kaedah Face Steaming


 


Kaedah ini merupakan kaedah yang terbaik untuk membuang whitehead dengan cara yang paling selamat dan halus. Asalnya whitehead adalah pori yang tersumbat di bawah pori yang tertutup, maka membuka pori dahulu adalah cara yang berkesan dan kurang menyakitkan.

Cara-caranya :
  1. Basahkan muka dengan air suam (boleh juga tekapkan muka dengan tuala muka yang direndam dengan air suam), bertujuan untuk membuka liang pori.
  2. Gunakan pencuci muka anda atau Face Oil Mary Jardin bagi membersihkan liang pori yang tersumbat. Jika menggunakan Face Oil, titiskan Face Oil pada wajah dan buat urutan mencuci di semua bahagian terutama kawasan yang mempunyai banyak whitehead (Kenapa Face Oil? Akan diterangkan dalam post yang seterusnya)
  3. Basuh muka dengan air suam atau lap wajah anda dengan tuala muka yang suam tadi. Lap dengan lembut ye.
  4. Bilas wajah anda dengan air sejuk bagi menutup kembali liang pori. Boleh juga guna ketulan ais (sapu pada keseluruhan wajah).
  5. Dah siap. Whitehead dah berkurang. Yeayy!

Peringatan!

Jangan sekali-kali picit whitehead menggunakan jari terutamanya kalau tak basuh tangan. Asal whitehead ni adalah kotoran. Bila picit, kuman di tangan akan bercampur dengan kotoran tu dan menyebabkan whitehead jadi bertambah teruk.

Sebelum menyentuh muka, sangatlah digalakkan untuk membasuh tangan dahulu.


Semoga membantu. :)

Jenis Kulit Wajah

KENALI JENIS KULIT WAJAH - ANDA YANG MANA SATU?


Setiap dari kita mempunyai jenis kulit yang berbeza. Mengetahui jenis kulit wajah kita sangat penting sebelum pemilihan pemakaian produk penjagaan wajah. Ini kerana ada produk yang menawarkan penjagaan khusus untuk jenis kulit tertentu. Contohnya kulit berminyak, produk penjagaan wajah berasaskan air dan yang tidak terlalu pekat teksturnya sesuai untuk wajah yang berminyak bagi mengelakkan bertambahnya masalah liang pori tersumbat. Liang pori yang tersumbat akan menyebabkan munculnya jerawat - musuh wanita no 1.




JENIS KULIT WAJAH


1. Kulit Normal
  • Kulit normal adalah keadaan di mana kulit wajah kita tidak terlalu kering dan tidak terlalu berminyak. Permukaan wajah nampak bersih dan kurang cela. Dan kulit kelihatan sihat.
2. Kulit Kering
  • Kulit kering adalah disebabkan kulit yang kurang kelembapan dan menyebabkan kulit terasa tegang dan mengelupas. Kulit akan kelihatan kusam terutama di bahagian pipi dan mata. Liang pori agak ketara, kulit terasa kurang keanjalan dan ketara garis halus dan kedutan. Dalam keadaan yang lebih teruk, kulit akan menjadi gatal-gatal dan merah.
3. Kulit Berminyak
  • Kulit kelihatan berminyak dan berkilat, pori nampak ketara dan berkemungkinan mengalami break out - jerawat , blackhead , kecacatan.
4. Kulit Kombinasi
  • Kulit jenis ini dimiliki kebanyakan orang. Ia akan kering dan normal di bahagian tertentu (cth : pipi), dan berminyak di bahagian lain (T-zone) seperti hidung, dahi dan dagu. Ia mungkin juga akan mengalami masalah jerawat kerana pori juga akan ketara di bahagian tertentu. 
5. Kulit Sensitif
  • Ini adalah jenis kulit yang paling halus. Ia terdedah kepada kemerahan, gatal-gatal, kekeringan dan iritasi Selalunya adalah disebabkan alahan kepada produk. 

CARA KENALPASTI JENIS KULIT


1. Cuci muka anda dengan pembersih yang sederhana, lembut dan tidak kasar.

2. Keringkan muka menggunakan tuala muka yang bersih. Elakkan mengelap dengan cara kasar, sebaliknya gunakan cara dap ke muka.

3. Biarkan wajah selama paling kurang satu jam. Dalam tempoh ini dinasihatkan agar tidak menyentuh muka anda.

4. Analisis bahagian mana yang mempunyai tanda-tanda seperti ciri-ciri di atas.




Selamat mencuba. Good Luck!
   

Collagen Serum

COLLAGEN SERUM  - THE BEAUTY QUEEN      




Collagen Serum Mary Jardin merupakan high-end produk Mary Jardin disebabkan kepadatan bahan-bahannya dan ia sepenuhnya daripada bahan-bahan aktif. Collagen Serum secara umunya terkenal sebagai produk yang membantu mengatasi masalah jeragat, melambatkan faktor penuaan dan mencerahkan kulit kerana bahan-bahan yang terkandung di dalamnya. Ia juga didatangkan khas dengan bahan semulajadi yang bertindak sebagai pelindung sinar UV.


BAHAN-BAHAN DALAM COLLAGEN SERUM



Collagen Serum Mary Jardin diformulasi daripada 10 jenis bahan yang kaya dengan anti oksidan, berupaya mencerahkan kulit dengan cara yang selamat, membantu memudarkan parut jerawat dan memberi kesan pencerahan kulit wajah dengan penggunaan bahan-bahan daripada alam semulajadi yang selamat. Ia juga mengandungi kolagen ikan Salmon yang mana ianya lebih baik daripada kolagen ikan atau tumbuhan lain.

Collagen Serum ini  ukanlah sepenuhnya daripada bahan semulajadi. Ia mempunyai bahan pengawt kerana ia adalah produk berasaskan air. Bahan pengawet diperlukan bagi memelihara ketahanan produk ini untuk jangka masa yang lama.

Sodium Hyaluronate adalah bahan pengawet yang digunakan dalam Collagen Serum Mary Jardin. Sodium Hyaluronate adalah Hyaluronic Acid yang telah melalui proses kimia untuk mengecilkan molekulnya bagi memudahkan proses penyerapan ke dalam liang pori kulit. Jadi secara amnya, Sodium Hyaluronate juga merupakan asasnya bahan semula jadi.


CARA PENGGUNAAN COLLAGEN SERUM


Pemakaian Collagen Serum Mary Jardin adalah bergantung kepada pemakai. Ia boleh dipakai sehari 2x atau sehari sekali. Kami juga menggalakkan para pelanggan untuk menggunakan Collagen Serum Mary Jardin pada waktu siang kerana ia juga boleh ebrtindak sebagai pelindung sinar UV.

Jika pengguna memakai ia bersama Face Oil, hendaklah mengaplikasikan Collagen Serum dahulu barulah Face Oil kerana ia mampu meresap lebih jauh ke dalam kulit berbanding Face Oil.

*nota : serum adalah produk yang berasaskan air jadi molekulnya adalah lebih kecil dibandingkan dengan face oil kerana face oil adalah produk yang berasaskan minyak dimana molekulnya lebih besar.


Blogger news

Assalammualaikum everyone... InsyaAllah I'll be away for a while for almost 50 days. I'll be performing hajj this year starting August 15th 2017 till September 28th 2017. Any question or if you wish to contact me please reach my teammates. InsyaAllah they will serve you as best as they can. May Allah bless you. Lots Of Love, Sumaiyah Dahalan