Facial Soap

FACIAL SOAP - HANDCRAFTED LUXURY CLEANSER


Mary Jardin Handcrafted Luxury Facial Soap adalah hasil daripada resepi tradisi yang bertindak sebagai pencuci. Ia bertujuan untuk mencuci wajah dengan bersih, melembutkan wajah dan merawat masalah-masalah kulit seperti jerawat, kulit berminyak dan lain-lain.

Ia diperbuat daripada susu kambing sepenuhnya tanpa campuran air dan mengandungi bahan-bahan semulajadi lain yang bertindak sebagai skrub, anti-oksidan dan anti-radang.



KAEDAH PEMBUATAN FACIAL SOAP 


Homemade Facial Soap ni menggunakan kaedah Cold-Pressed (proses paling lama antara cara penghasilan sabun). Ia melibatkan proses pengeringan secara semulajadi tanpa melibatkan haba tambahan yang mengambil masa 3 hingga 4 bulan. Facial Soap dibuat dalam bentuk buku kerana tidak menggunakan sebarang bahan kimia pengawet yang mana banyak digunakan dalam pencuci komersial lain dalam bentuk cecair.

Kaedah ini dipilih bagi memelihara khasiat bahan-bahan yang digunakan dalam penghasilan sabun. Antara bahan-bahan yang terkandung dalam Facial Soap ini adalah glycerin (campuran minyak2 tumbuhan). Kaedah Cold-Pressed ini memelihara sepenuhnya khasiat glycerin. Tahukah anda, glycerin ini yang membuatkan kulit muka lembab dan seimbangkan penghasilan minyak di kulit.





BAHAN-BAHAN DALAM FACIAL SOAP



Facial Soap hanya menggunakan bahan-bahan semulajadi yang terpilih dari segi kualiti dan khasiatnya. Ia sesuai digunakan untuk semua jenis kulit, tak kira jantina dan umur. Facial Soap juga sesuai digunakan sebagai sabun badan untuk dewasa mahupun bayi. Ia membantu mengurangkan ruam lampin, gatal-gatal dan kemerahan.

Paling utama, Facial Soap bebas dan tidak dicemari sebarang bahan kimia yang berbahaya.

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih

Blogger news

Assalammualaikum everyone... InsyaAllah I'll be away for a while for almost 50 days. I'll be performing hajj this year starting August 15th 2017 till September 28th 2017. Any question or if you wish to contact me please reach my teammates. InsyaAllah they will serve you as best as they can. May Allah bless you. Lots Of Love, Sumaiyah Dahalan