Clay Mask

CLAY MASK - HANDCRAFTED LUXURY DETOX



Hitam bukan ngeri, tapi hitam untuk seri.


Mary Jardin Handcrafted Luxury Detox Clay Mask adalah masker yang diperbuat daripada 3 bahan utama iaitu Bentonite Clay, French Green Clay dan Activated Charcoal. Detox Clay Mask memainkan peranan yang penting dalam penjagaan wajah kerana ia ibarat pagar yang membuka laluan kepada semua jenis masalah dan penyelesaian.

Pemakaian Detox Clay Mask pada keutamaannya adalah bagi melakukan proses eksfoliasi. Proses ini berkaitan dengan pembuangan sel kulit mati dengan cara pengelupasan halus dan melakukan kerja-kerja pembersihan kulit secara mendalam.

Proses ini sangat penting kerana apabila sel kulit mati tidak dibuang, ia akan menghalang penyerapan maksima kebaikan produk lain yang digunakan dan ia menganggu pertumbuhan sel kulit baru. Yang ada hanyalah lapisan sel kulit mati yang menebal dari hari ke hari dan menganggu keserian wajah.

Gambar di bawah menunjukkan lapisan sel kulit mati yang terhasil setiap hari.


Dead Keratinocytes adalah lapisan sel kulit mati. Secara amnya, sel kulit yang baru akan bergerak dari dasar bahagian epidermis dan naik ke atas permukaan kulit. Proses ini memakan masa 28 hari. Sepanjang proses ini, sel ini akan berubah bentuk, bermula sebagai satu sel yang berisi dan kemudian akan menjadi rata. Sel yang rata ini adalah sel mati yang setiap hari akan terhasil di permukaan kulit.

Ia akan tertanggal dengan sendirinya tetapi mengambil masa yang lama. Oleh itu pemakaian masker yang baik akan melakukan proses eksfoliasi, yakni proses pengelupasan sel kulit mati ini secara halus. Ia tidak melibatkan penggunaan skrub yang kasar dan menyakitkan.

Gambar di bawah adalah perbezaan kulit yang ada lapisan sel kulit mati dan kulit yang bersih.




Kenapa Detox Clay Mask Mary Jardin pilihan yang tepat sebagai masker?


Detox Clay Mask mengandungi bahan-bahan semulajadi yang bertindak dengan berkesan dan selamat bagi membersihkan wajah anda secara mendalam dan memberikan hasil yang menakjubkan.

Bentonite Clay sangat terkenal sebagai bahan yang menarik keluar toksin dari bawah permukaan kulit dan melakukan pembersihan secara mendalam bagi memberikan kesihatan kulit yang optimum. Ia juga mengandungi Organic Rolled Oat yang bertindak sebagai skrub bagi tujuan pembersihan dan penanggalan kotoran dan daki di permukaan kulit. Organic Rolled Oat tidak bersifat kasar dan menyakitkan dan ia pilihan yang tepat sebagai skrub muka yang lembut, selamat dan efektif.

Detox Clay Mask juga mempunyai bahan-bahan lain yang bersifat anti-radang dan anti-oksidan seperti Zinx Oxide, Papaya Extract dan Lavender Buds yang bertujuan untuk mengurangkan radang di wajah, mengecilkan liang pori, menanggalkan blackhead dan whitehead dan menyerikan wajah.

Detox Clay Mask sesuai dipakai oleh semua jenis kulit dan ia adalah pilihan yang tepat bagi para lelaki dan perempuan di luar sana yang tercari-cari masker yang baik untuk wajah anda.

Face Oil

FACE OIL - FANTASTIC OILS IN A TEENY TINY BOTTLE



Mary Jardin Handcrafted Luxury Face Oil adalah hasil daripada formulasi 9 jenis minyak tumbuhan yang kaya dengan bahan anti-oksidan, anti-radang dan vitamin E.

Face Oil secara umumnya bertindak sebagai pelembab. Tetapi, disebabkan kepelbagaian bahan di dalam sebotol kecil ini membuatkan ia dikenali sebagai produk serba guna. 

Antara kegunaan lain Face Oil ialah sebagai ;

* Sebagai make up base (blend dengan foundation)

* Sebagai make up remover

*  Pelembab bibir

* Ubat jerawat


BAHAN-BAHAN DALAM FACE OIL




Hasil gabungan minyak tumbuhan dan Vitamin E ini menghasilkan pelbagai kebaikan dan khasiat seperti ;

* melembabkan kulit

* mengurangkan kedutan

* merawat luka

* melambatkan proses penuaan

* memudarkan parut

* membersihkan kulit dan liang pori

* melindungi daripada sinar UV


CARA PEMAKAIAN FACE OIL


Titis pada tapak tangan dan gosok sehingga panas. Kemudian tekapkan tapak tangan ke wajah anda dan biar selama beberapa saat pada setiap tekapan.


Nota :

* Haba yang panas akan membantu liang pori terbuka dan seterusnya memudahkan penyerapan minyak ini ke dalam lapisan kulit.

Facial Soap

FACIAL SOAP - HANDCRAFTED LUXURY CLEANSER


Mary Jardin Handcrafted Luxury Facial Soap adalah hasil daripada resepi tradisi yang bertindak sebagai pencuci. Ia bertujuan untuk mencuci wajah dengan bersih, melembutkan wajah dan merawat masalah-masalah kulit seperti jerawat, kulit berminyak dan lain-lain.

Ia diperbuat daripada susu kambing sepenuhnya tanpa campuran air dan mengandungi bahan-bahan semulajadi lain yang bertindak sebagai skrub, anti-oksidan dan anti-radang.



KAEDAH PEMBUATAN FACIAL SOAP 


Homemade Facial Soap ni menggunakan kaedah Cold-Pressed (proses paling lama antara cara penghasilan sabun). Ia melibatkan proses pengeringan secara semulajadi tanpa melibatkan haba tambahan yang mengambil masa 3 hingga 4 bulan. Facial Soap dibuat dalam bentuk buku kerana tidak menggunakan sebarang bahan kimia pengawet yang mana banyak digunakan dalam pencuci komersial lain dalam bentuk cecair.

Kaedah ini dipilih bagi memelihara khasiat bahan-bahan yang digunakan dalam penghasilan sabun. Antara bahan-bahan yang terkandung dalam Facial Soap ini adalah glycerin (campuran minyak2 tumbuhan). Kaedah Cold-Pressed ini memelihara sepenuhnya khasiat glycerin. Tahukah anda, glycerin ini yang membuatkan kulit muka lembab dan seimbangkan penghasilan minyak di kulit.





BAHAN-BAHAN DALAM FACIAL SOAP



Facial Soap hanya menggunakan bahan-bahan semulajadi yang terpilih dari segi kualiti dan khasiatnya. Ia sesuai digunakan untuk semua jenis kulit, tak kira jantina dan umur. Facial Soap juga sesuai digunakan sebagai sabun badan untuk dewasa mahupun bayi. Ia membantu mengurangkan ruam lampin, gatal-gatal dan kemerahan.

Paling utama, Facial Soap bebas dan tidak dicemari sebarang bahan kimia yang berbahaya.

Mary Jardin

MARY JARDIN - EVERY WOMEN'S DREAM



Apa itu Mary Jardin? Pernahkah anda mendengar tentang Mary Jardin? Jika belum, ini masa yang sesuai untuk berkenalan dengan jenama yang semakin mendapat tempat di hati ramai wanita malahan lelaki di luar sana.


Mary : Mary bermaksud Maryam, merujuk kepada nama pengasas produk ini.
Jardin : Jardin bermaksud 'Taman' dalam bahasa Perancis.

Mary Jardin ialah satu rangkaian produk penjagaan wajah yang berasaskan bahan-bahan semulajadi dan organik. Ia adalah jenama tempatan yang setaraf dengan produk antarabangsa dari segi kualiti dan bahan-bahan yang digunakan.


Mary Jardin dihasilkan sebagai inisiatif kepada mereka yang inginkan satu produk penjagaan wajah yang bebas bahan kimia berbahaya, berkualiti tinggi tetapi pada harga yang mampu milik untuk semua golongan.

Pengasas Mary Jardin adalah Dr. Maryam Al-Batul Azizuddin, bekas Pegawai Perubatan yang berpengalaman dalam bidang Dermatologi (Bahagian Kulit).


Mary Jardin menjanjikan anda perjalanan yang menakjubkan dalam mendapatkan kembali kecantikan semulajadi anda dengan cara yang sihat dan selamat.


"We deliver you Lavender from the wilderness to your skin"



Blogger news

Assalammualaikum everyone... InsyaAllah I'll be away for a while for almost 50 days. I'll be performing hajj this year starting August 15th 2017 till September 28th 2017. Any question or if you wish to contact me please reach my teammates. InsyaAllah they will serve you as best as they can. May Allah bless you. Lots Of Love, Sumaiyah Dahalan